ADUN Sadong Jaya Santuni Golongan Emas Kurang Upaya, Serah Bantuan Kerusi Roda

UKAS  > Edisi-Selatan >  ADUN Sadong Jaya Santuni Golongan Emas Kurang Upaya, Serah Bantuan Kerusi Roda
0 Comments

ISNIN, 28 MAC 2022

SADONG JAYA: Timbalan Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan 1 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo meluangkan masa menyantuni golongan warga emas yang kurang upaya di Kampung Semera Lot, Jemukan, Jaie dan Sadong Jaya pada Sabtu.

Lawatan beliau bertujuan untuk menyerahkan bantuan kerusi roda kepada golongan yang memerlukan di kawasan tersebut bagi memudahkan mereka untuk bergerak.

Penerima-penerima sumbangan amat menghargai dan berterima kasih kepada Ir Aidel serta semua pihak yang terlibat di atas keprihatinan terhadap keperluan mereka.

Turut sama menyertai lawatan itu, Setiausaha Sulit beliau, Salem Benga; Timbalan PBB Cawangan, Mutalib Julaihi dan Ketua Wanita PBB Cawangan Sadong Jaya, Salasiah Bujang Narawi. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *