Program Jualan Keluarga Malaysia Di Gedong Dapat Sambutan Menggalakkan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program Jualan Keluarga Malaysia Di Gedong Dapat Sambutan Menggalakkan
0 Comments

ISNIN, 28 MAC 2022

GEDONG: Program Jualan Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diadakan selama dua hari pada Sabtu dan Ahad bertempat di Dataran Gedong mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan CYK Trading Sdn Bhd, program yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang itu menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan asas kepada pengguna dengan harga yang berpatutan.

Simbolik perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie selaku Setiausaha Politik yang mewakili Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri pada Sabtu.

Program seumpama itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sekaligus terbeban dengan kenaikan harga barang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *