KPDNHEP Cawangan Bintulu Ambil 29 Tindakan, Libatkan Nilai Rampasan Lebih RM600,000 Dan Kompaun Melebihi RM38,000

UKAS  > Edisi-Utara >  KPDNHEP Cawangan Bintulu Ambil 29 Tindakan, Libatkan Nilai Rampasan Lebih RM600,000 Dan Kompaun Melebihi RM38,000
0 Comments

ISNIN, 28 MAC 2022

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu menjalankan pemeriksaan secara harian terhadap bekalan barang kawalan dan harga barangan keperluan pengguna. 

Ketua KPDNHEP Cawangan Bintulu Nazari Hasan berkata, pemeriksaan telah dijalankan merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. 

“Pada 25 Mac lepas, sepasukan 8 anggota pegawai penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di Sungai Asap dan sekitarnya. 

“Sebanyak 26 premis telah diperiksa dan hasil dari pemeriksaan tersebut telah mengambil tindakan sebanyak 6 kes di bawah akta-akta yang diperuntukkan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu. 

Mengenai rungutan awam di sekitar Pekan Sungai Asap, Nazari tidak menafikan berlakunya sebahagian barangan yang dijual lebih mahal daripada barangan yang dijual di Bintulu.

“Ini kerana terdapat Ini tidak dinafikan dan pihak kementerian mengambil maklum isu berkenaan. 

“Melalui pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan, barangan yang dijual di Pekan Sungai Asap kebanyakan diambil sendiri oleh peniaga yang mana melibatkan kos tambahan dari segi kos pengangkutan. 

“Terdapat juga isu berkenaan harga diesel yang mahal dijual dan setelah disiasat ianya merupakan diesel industri yang dijual pada harga industri,” jelasnya. 

KPDNHEP turut juga melaksanakan pemeriksaan di kawasan pedalaman bagi memastikan bekalan barang keperluan asas dijamin sampai ke kawasan tersebut melalui Projek Penyeragaman Harga Barang. 

“Sebanyak 37 ‘’Point Of Sales’’ meliputi kawasan Sungai Kakus, Bakun, Pekan Sungai Asap, Long Urun, Ulu Nyalau, Batang Kemena, Sungai Koyan, Serupai dan Tubau telahpun diperiksa dan dipantau. 

“Sehingga 25 Mac, KPDNHEP Cawangan Bintulu telah membuat pemeriksaan sebanyak 1,245 premis di kawasan bandar dan luar bandar merangkumi seluruh Bintulu termasuk Sebauh dan Tatau. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 29 tindakan kes telah dihasilkan di bawah akta-akta yang diperuntukkan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM693,238.10 dan nilai kompaun sebanyak RM38,850.00,” ujarnya lagi. 

Sehubungan itu, KPDNHEP Cawangan Bintulu meminta semua pihak memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang aduan berkenaan bekalan dan harga barangan keperluan asas serta perdagangan yang tidak beretika.

Sekiranya mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP Cawangan Bintulu ini menerusi Portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), Whatsapp ke 019-279 4317 dan melapor/hadir ke mana-mana 72 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *