Pesta Telaga Air Dapat Sambutan Menggalakkan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pesta Telaga Air Dapat Sambutan Menggalakkan
0 Comments

ISNIN, 28 MAC 2022

KUCHING: Pesta Telaga Air anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Telaga Air dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mendapat sambutan menggalakkan pada tahun ini.

Pesta ini merupakan pesta tahunan, namun ekoran dengan penularan wabak Covid-19, pesta tersebut terpaksa ditunda selama dua tahun.

Sambutan yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 Mac lepas itu telah  disempurnakan oleh wakil Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Syed Hamzah, dan disaksikan oleh Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang.

Antara pertandingan yang telah dijalankan adalah Pertandingan Berbasikal Berpasukan Tiga Orang, Pertandingan Memancing, Pertandingan Karaoke dan banyak lagi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *