Ikan Bawal Emas 2.6 Kg Bawa Tuah Norsin Bujang Menangi RM10,000

UKAS  > Edisi-Utara >  Ikan Bawal Emas 2.6 Kg Bawa Tuah Norsin Bujang Menangi RM10,000
0 Comments

SELASA, 29 MAC 2022

MIRI: Norsin Bujang yang memperoleh ikan Bawal Emas seberat 2.63 kilogram telah berjaya mengalahkan 342 peserta dalam Pertandingan Memancing Sarawak X-Tive 2022 di Kuala Miri pada Ahad. 

Kemenangan itu membolehkan beliau memenangi dan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000. 

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Peter Ajeng Wan yang berjaya mendaratkan ikan Buntal seberat 2.33 kilogram dan berjaya membawa pulang  hadiah wang tunai RM2,000, tempat ketiga pula Zainal Ahmad yang mendapat ikan Bawal Emas seberat 1.410 kilogram membawa hadiah RM1,000 dan Mahaguru Pancing menduduki tempat keempat apabila memperoleh ikan Pari seberat 1.090 kilogram dan membawa pulang hadiah RM500. 

Kesemua hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat. 

Hadir sama Pemangku Pegawai Penguasa MYSS Miri Nor Khalida Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Miri Roley Lagir, Pengerusi BKP Rafi Nordin dan Pengerusi Kelab Lanun Langit Abdul Halim Abdul Hamid.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *