Keluarga Terjejas Banjir Di Kampung Kesindu Terima Sumbangan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Keluarga Terjejas Banjir Di Kampung Kesindu Terima Sumbangan
0 Comments

SELASA, 29 MAC 2022

SEBUYAU: Sebuah keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Kesindu telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Mewakili beliau, petugas Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan asas kepada keluarga Fatimah Hashim bagi membantu mengurangkan bebanan keluarga malang itu.

Fatimah sekeluarga menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Datuk Julaihi dan semua petugas Pusat Khidmat DUN Sebuyau atas sumbangan yang disampaikan.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *