Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat PWC Malaysia

UKAS  > Edisi-Selatan >  Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat PWC Malaysia
0 Comments

SELASA, 29 MAC 2022

KUCHING : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menerima kunjungan hormat daripada Pricewaterhousecoopers Malaysia (PWC MALAYSIA) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.

Pengurus PWC Malaysia Soo Hoo Khoon Yean ketika ditemui media memberitahu, kunjungan tersebut bertujuan berkongsi visi dan matlamat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari untuk Sarawak.

Tambahnya lagi, dengan peluang yang diberikan, pihak PWC Malaysia komited untuk teruskan kerjasama supaya mereka dapat menyumbang lebih banyak pelaburan untuk Sarawak.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *