Bangunan TABIKA Di Kampung Kuap Akan Dinaik Taraf

UKAS  > Edisi-Selatan >  Bangunan TABIKA Di Kampung Kuap Akan Dinaik Taraf
0 Comments

KHAMIS, 31 MAC 2022

KOTA SAMARAHAN: Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS di Kampung Pengkalan Kuap akan dinaik taraf menerusi Projek Mesra Rakyat (PMR).

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, TABIKA tersebut perlu dinaik taraf berikutan pertambahan enrolmen murid yang bukan sahaja menampung kanak-kanak di kampung berkenaan malah dari perumahan berhampiran seperti Taman Sentoria dan Stakan Perdana.

Sehubungan itu, Datuk Rubiah menerusi wakilnya yang juga Pegawai Khas beliau, Latifah Beni melakukan tinjauan pra pelaksanaan projek bersama dengan pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak (SDO) pada Rabu.

Turut menyertai tinjauan, Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an dan Penghulu Kampung Pengkalan Kuap, Buhari Sepian. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *