Projek Naik Taraf Jalan Ladang Kawasan Mambai Kini Siap

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Naik Taraf Jalan Ladang Kawasan Mambai Kini Siap
0 Comments

KHAMIS, 31 MAC 2022

SEBUYAU: Projek menaik taraf jalan tar di kawasan ladang Mambai kini sudah siap sepenuhnya.

Pembangunan projek yang memakan kos sebanyak RM224,328 di bawah Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Samarahan itu dibangunkan menerusi peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA).

Projek sepanjang 460 meter berkenaan dilaksanakan dalam tempoh empat bulan bermula 18 November 2021 dan siap pada 18 Mac 2022.

Yusuf Buji, Pegawai Tadbir Khas kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi bersama rombongan meluangkan masa melawat projek tersebut pada Rabu.

Majlis penyerahan tapak projek telah diserahkan oleh pihak kontraktor iaitu Syarikat Nabawi kepada Ketua Kaum Kampung Mambai, Tr. Aden Truki.

Turut hadir, kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan serta JKKK Kampung Mambai Sebuyau. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *