Masjid & Surau Di Gedong Terima Sumbangan Air Mineral

UKAS  > Edisi-Selatan >  Masjid & Surau Di Gedong Terima Sumbangan Air Mineral
0 Comments

ISNIN, 11 APRIL 2022

GEDONG: Pusat Khidmat Gedong dengan kerjasama sukarelawan Gedong Brotherhood telah menyumbangkan bantuan air mineral kepada seluruh masjid dan surau di sekitar kawasan Gedong.

Sumbangan tersebut disampaikan pada Ahad oleh Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong, Mahathir Oyak kepada wakil-wakil masjid dan surau.


Katanya, bantuan tersebut diberikan khusus untuk para jemaah yang hadir di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan ini.

Beliau berharap ia dapat memberi manfaat serta memudahkan segala urusan jemaah-jemaah terbabit.

Sementara itu, penduduk kampung turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan Gedong Brotherhood dalam menyumbangkan bantuan air mineral itu. -Edisi UKAS  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *