Pustaka Negeri Sarawak Ajak Orang Ramai Sertai Jom Baca Bersama 2022

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pustaka Negeri Sarawak Ajak Orang Ramai Sertai Jom Baca Bersama 2022
0 Comments

RABU, 13 APRIL 2022

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak ajak orang ramai sertai Jom Baca Bersama 2022 yang akan diadakan pada Khamis, 21 April 2022.

Menurut kenyataan media pada Rabu, program ini turut mendapat sambutan dan sokongan daripada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan seterusnya merasmikan program itu. 

Program Jom Baca Bersama akan diadakan secara serentak di seluruh negara bertujuan memberi kesedaran dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Pustaka Negeri Sarawak juga turut mengadakan pelbagai pengisian kepada orang awam antaranya adalah Anugerah Pengguna Aktif, Pertandingan Sesi Bercerita Kanak-Kanak, Pertandingan Menulis Cerpen dan pelbagai aktiviti secara atas talian yang akan dijalankan secara langsung di Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 1:00 tengahari hingga 4:00 petang. 

Sehubungan itu, orang awam adalah dialu-alukan untuk turut serta dalam Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bertemakan “Bangkit Baca dan Syukur” pada 21 April 2022, Khamis, bermula jam 11:00 hingga 11:10 pagi di mana jua anda berada. 

Kongsikan detik ini dengan memuatnaik gambar dan video anda beserta #jombacaswk2022 #sarawakmembaca di laman media sosial.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *