KHAMIS, 14 APRIL 2022

LAWAS: Seramai 40 orang dari Syarikat MCS Management Sdn Bhd telah menghadiri ceramah Keselamatan Kebakaran dan Tatacara Sanitasi Kendiri.

Program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lawas itu telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas pada Rabu.

Dalam ceramah itu, para peserta juga diberikan penerangan pengenalan mengenai  Sains Kimia Kebakaran, pengungsian bangunan, sistem pepasangan aktif dan pasif, kaedah bancuhan sanitasi dan lain-lain lagi.

Selain itu, JBPM Daerah Lawas turut membuat demonstrasi pemadaman menggunakan alat pemadam api serta demonstrasi memakai dan membuka Peralatan Pelindungan Diri (PPE).-EDISI UKAS

add comment