Lebih 10,000 Warga Sibu Meriahkan Program Lan Berambeh Sungkei

UKAS  > Edisi-Tengah >  Lebih 10,000 Warga Sibu Meriahkan Program Lan Berambeh Sungkei
0 Comments

AHAD, 24 APRIL 2022

SIBU: lebih 10,000 orang pengunjung dari pelbagai kaum dan agama datang membanjiri Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I untuk bersama-sama memeriahkan Program Lan Berambeh Sungkei pada Sabtu.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Dr Annuar Rapaee, kehadiran jumlah pengunjung yang besar itu jelas memperlihatkan program itu sangat dinantikan oleh masyarakat di Sibu.

“Pada pengetahuan saya, Sibu merupakan bandar pertama menganjurkan program seumpama ini di Sarawak secara besar-besaran.

“Saya bersyukur kerana kita pada tahun ini dapat menganjurkannya selepas pandemik Covid-19 dan kehadiran ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama petang ini, menunjukkan perpaduan di Sarawak amat kukuh,” katanya kepada media.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting.

Bagi memeriahkan lagi program Lan Berambeh Sungkei anjuran DUN Nangka, Joseph Chieng telah menganjurkan tayangan Moonlight Cinema yang menayangkan filem Ola Bola untuk tontonan orang ramai di situ secara percuma.

Program itu diadakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *