ISNIN, 16 MEI 2022

MIRI: Kerjasama beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah menjayakan sambutan Hari Raya Gabungan Kampung Lereng Bukit yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit pada Ahad.

Antara NGO yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lereng Bukit, Unit SABERKAS Kampung Lereng Bukit, PBB Ranting Kampung Lereng Bukit, AJK Surau Kampung Lereng Bukit, Unit SABERKAS Kampung Lereng Bukit dan PBB Ranting Kampung Lereng Bukit serta kampung-kampung yang berdekatan seperti JKKK Kampung Wireless, JKKK Kampung Hj Wahid dan JKKK Kampung Katong.

Memeriahkan suasana dengan kehadiran Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Leslie Lau Ik Chie yang mewakili Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang tidak dapat hadir kerana menghadiri tugasan rasmi di Kuching.

Pada sambutan Hari Raya Gabungan Kampung Lereng Bukit telah diadakan beberapa aktiviti menarik seperti Pertandingan Suka-suka Nyanyi dan Pertandingan Gerai yang menyajikan hidangan Hari Raya.

Ternyata sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran penduduk daripada pelbagai kaum.

Hadir sama Residen Bahagian Miri, Penghulu Abdul Samad Alip dan wakil dari setiap JKKK berdekatan.-EDISI UKAS

add comment