Kerajaan GPS Terbukti Menjaga Sarawak Dan Rakyatnya Dengan Baik

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kerajaan GPS Terbukti Menjaga Sarawak Dan Rakyatnya Dengan Baik

JUMAAT, 20 MEI 2022

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan pilihan terbaik untuk menjaga negeri ini serta kebajikan rakyatnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, ini terbukti di mana Sarawak kini masih mempunyai rizab sebanyak RM29 bilion walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lepas.

“Walaupun telah menghadapi isu seperti penularan wabak COVID-19, Kerajaan Sarawak masih mampu mentadbir urus negeri ini dengan sebaiknya sehingga mempunyai rizab yang ada masih berada pada tahap tertinggi berbanding seluruh Malaysia,’’ ujarnya.

Beliau  berkata demikian dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.

Menyentuh berkenaan komen pihak yang mengatakan bahawa Sarawak tidak bankrap kerana telah membatalkan projek Transit Aliran Ringan (LRT), Khere Chiang menegaskan, kerajaan negeri sebaliknya melaksanakan projek-projek pengangkutan awam yang lebih bermanfaat.  

“Keputusan untuk meneruskan sistem Transit Aliran Automasi (ART) adalah kerana ia jauh bermanfaat berbanding LRT di mana antara kebaikannya termasuk sistem tersebut tidak memerlukan sebarang landasan fizikal untuk berfungsi,’’ tegas beliau.

Sementara itu, ADUN Batu Kitang itu memberitahu, pembangunan Sistem Pengangkutan Bandaraya Kuching (KUTS) itu akan dilaksanakan secara berfasa dengan fasa pertama melibatkan pembangunan dua laluan iaitu laluan Samarahan meliputi jarak 28 kilometer dari Rembus hingga pusat bandar, dan laluan Serian meliputi 24 kilometer dari Batu 12, Kuching-Serian Expressway hingga Isthmus.

Beliau menambah, projek tersebut dijangka beroperasi secara berperingkat sekitar tahun 2025. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *