Siapkan Kerja-Kerja Naik Taraf Jalan Nyelong Bypass, Kurangkan Isu Kesesakan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Siapkan Kerja-Kerja Naik Taraf Jalan Nyelong Bypass, Kurangkan Isu Kesesakan

ISNIN, 23 MEI 2022

KUCHING: Kerja-kerja menaik taraf Jalan Nyelong Bypass perlu disiapkan dengan segera bagi mengurangkan isu kesesakan lalu lintas di Sarikei.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii memberitahu, tahap kemajuan kerja-kerja yang telah diluluskan di bawah Projek Rakyat itu perlu diketahui dengan lebih lanjut.   

“Berikutan kekerapan kesesakan trafik sepanjang Jalan Repok, ramai pengguna jalan raya kini menggunakan Jalan Nyelong Bypass sebagai laluan alternatif untuk berulang-alik masuk dan keluar dari Sarikei.

“Dalam pada itu, penyiapan kerja-kerja menaik taraf itu penting bagi mengurangkan kesesakan trafik yang dihadapi masyarakat Sarikei kini,’’ katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada usul penghargaan atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin.

Selain itu, Dato Sri’ Huang turut membangkitkan isu mengenai kesesakan serius dari Jalan Nyelong Bypass ke Jalan Kwong Ming-Minah yang dijangka akan menjadi lebih serius setelah siapnya Jalan Pan Borneo dan Jalan Pasi – Tanjung Manis pada masa depan.

“Laluan ini bukan sahaja merupakan jalan keluar masuk utama ke bandar Sarikei, tetapi ia juga mempunyai empat sekolah harian dan ratusan kawasan perumahan,’’ tegasnya. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *