Kapit Lily Pond Akan Dinaik Taraf, Tarik Lebih Ramai Pengunjung

UKAS  > Edisi-Tengah, Edisi-Utama >  Kapit Lily Pond Akan Dinaik Taraf, Tarik Lebih Ramai Pengunjung

ISNIN, 6 JUN 2022

KAPIT: Prasarana di Kapit Lily Pond akan dinaiktaraf dengan kira-kira RM2 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ia adalah untuk meningkatkan daya tarikan lokasi tersebut sebagai destinasi pelancongan. 

“Kita akan menambah baik kawasan Kapit Lily Pond ini sebagai tarikan khususnya kepada para pelancong yang ingin berkunjung ke Hulu Rajang,” ujarnya. 

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kapit Lily Pond pada Isnin. 

Sementara itu, Premier Sarawak memberitahu, bahagian Kapit bakal mengalami perkembangan kegiatan ekonomi sekitar empat tahun akan datang. 

“Ini termasuk pembukaan Hulu Rajang kepada kawasan sekitar setelah siapnya lapangan terbang di Bukit Mabong dalam jangka masa tiga tahun,” tambahnya. 

Dalam perkembangan lain, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menyatakan, kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk menambah ‘Smart Traffic Light’ di Bandar Kapit sebagai langkah menyelaras dan memantau keadaan trafik di situ. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *