Projek Naik Taraf Tali Air Kampung Lubok Buntin Siap Sepenuhnya

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek Naik Taraf Tali Air Kampung Lubok Buntin Siap Sepenuhnya
0 Comments

SELASA, 21 JUN 2022

GEDONG: Projek naik taraf tali air Kampung Lubok Buntin dengan kos sekitar RM447,000 telah siap sepenuhnya pada 14 April lepas.

Penyerahan tapak projek tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan dan Seni Budaya Malaysia, Mohamad Kamaluddin Effendie di Kampung Lubok Buntin di sini pada Isnin.

Projek naik taraf tali air tersebut adalah di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) dan dilaksanakan oleh kontraktor A.R Builder Contruction bermula 27 Oktober 2021.

Turut hadir sama, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Ahli Parlimen Batang Sadong, Awang Safri Awang Ahmad, Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) bahagian Samarahan, Atiqurahman  Khaidzir, Pegawai Pertanian bahagian Samarahan, Suardi Samat, Kaunselor, Mohamad Izzudin Abdullah, dan wakil daripada A.R Builder Construction, Wegner Kuchong.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *