SELASA, 19 JULAI 2022

LAMBIR: Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat menarik nafas lega apabila masalah bekalan air ke Rumah Panjang Lagan dan Insin Pak, Sg Telajin Ulu Sibuti telah berjaya diselesaikan. 

Perkara ini dimaklumkan dalam Majlis Perjumpaan Dengan Rakyat di sini baru-baru ini. 

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir turut mengadakan perjumpaan bersama kakitangan kerajaan seperti FAMA Bahagian Miri, Setiausaha dan kakitangan Majlis Daerah Subis dan bersama Tuai Rumah Busang Braoh, Tuai Rumah Jumat, Tuai Rumah Midul dan Tuai Rumah Christina. 

Ini merupakan rutin bagi Dr Ripin dalam mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi rakyat di kawasan DUN Lambir. -EDISI UKAS

add comment