SELASA, 19 JULAI 2022.

SARIKEI: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarikei telah menganjurkan Latihan Pengukuhan Teknikal Rope Rescue Kecerunan 40°-60° bertempat di Taman Tasik Sarikei di sini pada Isnin.

Objektif latihan tersebut adalah bagi mengukuh serta meningkatkan kemahiran anggota dan teknikal dalam pengurusan penyelamatan tali di aras tinggi.

Operasi diketuai oleh Komander Operasi iaitu PBK II Mijan Pamin dan Ketua Balai iaitu PBK I Hasman Bakar.-EDISI UKAS

add comment