KEMAS Beting Maro Anjur Program Semarak Desa

UKAS  > Edisi-Tengah >  KEMAS Beting Maro Anjur Program Semarak Desa
0 Comments

SABTU, 6 OGOS 2022

PUSA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kawasan N 29 Beting Maro telah menganjurkan program Semarak Desa bersama murid Tabika dan ibubapa murid di kawasan itu pada Jumaat.

Dalam program tersebut, KEMAS telah menjemput Klinik Kesihatan Beladin untuk memberi ceramah tentang penyakit HFMD dan penjagaan kebersihan persekitaran kepada murid-murid tabika dan ibu bapa tabika Kemas.

HFDM disebabkan oleh virus (Kumpulan enterovirus iaitu enterovirus 71 (EV71) dan coxsackie A16 (CA16) dan tersebar di seluruh dunia.

Sehubungan itu, guru dan pengasuh perlu memainkan peranan mencuci tandas dan bilik mandi mengunakan cecair yang mengandungi campuran klorin (basmikuman) sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Penceramah juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa menjaga kebersihan diri murid serta mengambil langkah berjaga-jaga apabila murid tersebut mempunyai gejala demam yang berpanjangan serta pergi ke klinik yang berdekatan.

Program itu juga dapat mengeratkan hubungan kekeluarga bersama para guru, ibu bapa serta penduduk Kampung Beladin.

Ia mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa murid Tabika Kemas di kawasan tersebut. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *