AHAD, 4 SEPTEMBER 2022

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato’ Sri Huang Tiong Sii, telah menyumbang dana sebanyak RM5,000 serta peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Klan Ling Sarikei. 

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah untuk pelaksanaan sebarang aktiviti tahunan untuk persatuan itu. 

Sumbangan itu diberikan dalam Majlis Sambutan Perayaan Kuih Bulan anjuran Persatuan Klan Ling Sarikei di sebuah restoran di sini pada Sabtu. 

Sementara itu, Dato’ Sri Huang menegaskan, penduduk Sarikei tidak tersisih dalam arus pembangunan kerana pelbagai projek berimpak tinggi telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak di kawasan tersebut khususnya DUN Repok.

Dalam pada itu jelasnya, beliau akan memanfaatkan peruntukan kerajaan dengan sepenuhnya untuk terus membangunkan kawasan berkenaan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ADUN Repok.  

Pada program itu, Dato’ Sri Huang juga menyampaikan insentif kepada biasiswa serta berkesempatan mengadakan sesi penghargaan warga emas.

Turut hadir ialah Pemanca Chan Phan Chan dan Pengerusi Persatuan Klan Ling Sarikei, Ling Chun Hee. – EDISI UKAS

add comment