Kerajaan Sarawak Teroka Teknologi ESRI ArcGIS

UKAS  > Edisi-Utama >  Kerajaan Sarawak Teroka Teknologi ESRI ArcGIS
0 Comments

JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk meneroka penggunaan teknologi ESRI ArcGIS bagi perancangan pembangunan bandar dan pemetaan sumber asli untuk masa depan yang mampan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ESRI Malaysia bersama Sarawak Information Systems Sdn. Bhd (SAINS) telah dicadangkan untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai GIS bagi sumber asli di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sesi perkongsian Teknologi ArcGIS bersama ESRI Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak Kuching pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESRI Malaysia, CS Tan pada sesi berkenaan turut mengimbas kembali Persidangan Pengguna ESRI San Diego USA di mana sembilan bidang kepentingan telah dikenal pasti iaitu Guna Tanah, Mineral & Sumber Asli, Perubahan Pengesanan, Bekalan Air, Bekalan Gas, Bandar Pintar, Program Pemuliharaan, Pemetaan Hidupan Liar dan Pembangunan Bakat.

Turut hadir dalam sesi perkongsian itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd. Naroden Majais, Pengarah JTS, Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Ts. Dr. Zaidi Razak dan CEO SAINS, Dr. Anderson Tiong. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *