SABTU, 24 SEPTEMBER 2022

TATAU: Jalan sepanjang 1 kilometer yang melibatkan laluan ke Rumah Jelia Jelema, Lubok Mengeris di sini akan dinaiktaraf.

Ini sekaligus akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, jalan berkenaan akan disiapkan dalam tempoh lapan bulan untuk kegunaan penduduk.

“Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk dari Rumah Jelia, Lubok Mengeris  dan Rumah Karong, Tatau apabila siap nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan dokumen projek berkenaan pada Jumaat.

Datuk John Sikie juga memberitahu, projek ini dilakukan dengan menggunakan peruntukan dana Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (LWKKH) tahun 2021.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Ngu Tie Hwa dan ketua-ketua masyarakat.-EDISI UKAS

add comment