Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Lawat Pangkalan Udara JBPM Wilayah Sarawak

UKAS  > Edisi-Utara >  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Lawat Pangkalan Udara JBPM Wilayah Sarawak
0 Comments

SELASA, 18 OKTOBER 2022

MIRI: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini pada Sabtu. 

Dalam lawatan itu, Dato’ Sri Mohd Shafiq telah meninjau peralatan dan kelengkapan JBPM Wilayah Utara dalam persiapan menghadapi Monsun Timur Laut. 

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah JBPM Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Wahid, Pengarah Bahagian Udara JBPM PKPjB Ts. Nazili Mahmood, Pengarah JBPM Negeri Sarawak PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini dan Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat JBPM PPjB Mohamad Shoki Hamzah serta pegawai kanan lain. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *