1,220 Peserta Sertai Larian Bersama Bomba

UKAS  > Edisi-Utara >  1,220 Peserta Sertai Larian Bersama Bomba
0 Comments

SELASA, 1 NOVEMBER 2022

MIRI: Seramai 1,220 peserta telah menyertai larian 12KM dan Fun Run 5KM dalam Larian Bersama Bomba Ke-6 Tahun 2022 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 dan Persatuan Wartawan Sarawak Utara. 

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, program ini bertujuan membantu Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri mengutip dana dan memupuk semangat prihatin masyarakat bagi meringankan beban serta sedia membantu golongan ini di masa yang akan datang. 

“Kita amat mengalu-alukan lebih ramai masyarakat di luar sana yang akan tampil membantu golongan golongan seumpama ini.

“Sudah semestinya program ini merupakan suatu aktiviti bersukan yang akan memupuk amalan hidup sihat kerana amalan hidup yang sihat akan melahirkan seorang insan cerdas, cergas dan sihat baik dari mental dan fizikal,” katanya. 

Beliau berucap merasmikan Larian Bersama Bomba Ke-6 tahun 2022 di Marina Central Park Miri pada Ahad.

Jelasnya lagi, aktiviti bersukan atau beriadah dapat mengurangkan tekanan dan juga mampu membantu dalam membina jati diri yang kuat. 

Turut hadir, Pengarah JBPM Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman, Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang dan Pemangku Ketua Zon, JBPM Pejabat Zon 6 Sarawak Ahmad Nizam Sapaiee.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *