Anugerah Tahunan Kenyalang Journalism Awards (KJA) 2022 Akan Berlangsung Pada 9 Disember Ini

UKAS  > Edisi-Utara >  Anugerah Tahunan Kenyalang Journalism Awards (KJA) 2022 Akan Berlangsung Pada 9 Disember Ini
0 Comments

SELASA, 1 NOVEMBER 2022

MIRI: Anugerah Tahunan Kenyalang Journalism Awards (KJA) 2022 akan diadakan di Hotel Imperial, Miri pada 9 Disember ini. 

Menurut presidennya Andy Jong, KJA 2022 kali ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 dengan anggaran kos perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM350,000 hingga RM400,000.

Beliau berucap dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kenyalang Journalism Awards 2022 oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin di sini pada Isnin. 

Pada majlis itu, Dato Sri Lee telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak bagi menjayakan Anugerah Tahunan Kenyalang Journalism Awards (KJA) 2022. 

Andy Jong turut mengalu-alukan orang ramai untuk memberi sokongan kepada Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak dengan menghebahkan pengiklanan KJA 2022 di dalam buku program cenderahati. 

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi President FSJA Andy Jong di talian 014-5902562, Setiausaha Michelle Choo di talian 016-8919280, Bendahari Chai di takuan 019-8447447 dan Rosemaria Buma di talian 016-8718793.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *