Sokongan Rakyat Untuk GPS Perlu Kuat

UKAS  > Edisi-Utara >  Sokongan Rakyat Untuk GPS Perlu Kuat
0 Comments

SABTU, 5 NOVEMBER 2022

MIRI: Sokongan kuat semua pihak untuk calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sahaja di Parlimen Sibuti, tetapi juga di seluruh Sarawak.

Calon GPS Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, untuk itu GPS perlu menang di Parlimen Sibuti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ini adalah supaya mandat dapat diberikan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk terus memimpin Sarawak dan meneruskan pembangunan yang telah dirancang untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Kesyukuran Calon GPS Sibuti di Hotel Jinhold di sini pada Khamis.

Dalam majlis ini, kira-kira 150 orang penyokong GPS yang terdiri daripada jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, ketua-ketua masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah hadir.

Hadir sama ialah calon GPS Limbang Datuk Hasbi Habibollah dan Timbalan Datuk Bandar Miri Julaihi Mohamad.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *