Seramai 250 Peserta Sertai Pertandingan Badminton Berpasukan Amatur

UKAS  > Edisi-Utara >  Seramai 250 Peserta Sertai Pertandingan Badminton Berpasukan Amatur
0 Comments

AHAD, 6 NOVEMBER 2022

MIRI: Seramai 250 peserta dari kawasan Miri dan Bintulu telah menyertai Pertandingan Badminton Berpasukan Amatur.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr. Ripin Lamat telah merasmikan Pertandingan Badminton Berpasukan Amatur di Gelanggang Badminton Champion di sini pada Sabtu.

Beliau juga menyeru kepada semua peserta untuk menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk terus menuntut kembali hak Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, Dr. Ripin Lamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir berharap program ini akan diadakan pada setiap tahun dan menggesa para belia menyertai sukan yang sihat ini.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Bahagian Lambir dan Pusat Latihan Badminton Bahagian Miri, yang akan berlangsung selama dua hari. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *