Jawatankuasa Penduduk Menjadi Jambatan Dengan Penduduk Setempat

UKAS  > Edisi-Utara >  Jawatankuasa Penduduk Menjadi Jambatan Dengan Penduduk Setempat
0 Comments

SELASA, 8 NOVEMBER 2022

MIRI: Jawatankuasa penduduk menjadi jambatan antara Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin dengan penduduk setempat.

Justeru, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menyeru setiap jawatankuasa penduduk setempat bersama-sama membantu menyalurkan maklumat serta agenda bantuan yang disediakan kerajaan negeri agar dapat disalurkan terus serta tepat kepada penduduk.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Kad ahli-ahli baru SUPP Cawangan Senadin kepada 61 individu.

Hadir sama Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Jeffrey Phang Siaw Foong, Setiausaha Eksekutif SUPP Cawangan Senadin Deammy Sim dan Kapitan Ngieng Hok Diing. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *