Penduduk Kampung Mempelam & Rumah Bangau Bakal Terima Bekalan Air Bersih Mac Tahun Hadapan

UKAS  > Edisi-Utara >  Penduduk Kampung Mempelam & Rumah Bangau Bakal Terima Bekalan Air Bersih Mac Tahun Hadapan
0 Comments

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

MIRI: Penduduk Kampung Mempelam dan Rumah Bangau kini boleh menarik nafas lega apabila akan mempunyai bekalan air bersih menjelang 6 Mac 2023.

Berita gembira ini disahkan Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin ketika mengadakan lawatan ke lokasi tersebut di sini dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada Sabtu.

Menurut Dato Seri Lee Kim Shin, kerja-kerja pemasangan paip dengan kos RM449,500 sepanjang 2.1km itu telah bermula pada 7 November 2022 dan dijangka siap pada 6 Mac 2023 iaitu kira-kira 4 bulan.

“Sudah lama penduduk kampung ini bergantung kepada air hujan untuk keperluan harian seperti mandi, minum dan memasak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru penduduk menyokong Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Jeffrey Phang Siaw Foong agar dapat terus menikmati pembangunan yang stabil dan berkekalan dari kerajaan khususnya di kawasan pinggir bandar.

Turut hadir, Pengurus Kanan Teknikal dan Projek LAKU Management Sdn Bhd Zaid Iskandar Jaraiee, Ketua Kaum Kampung Masjid Yusree Zainuzzaman, Tuai Rumah Bangau Nyambar dan Ketua Pengerusi Kampung Mempelan Zaini Mohd Osman.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *