PRU15: GPS Adalah Parti Terbaik Buat Rakyat Di Parlimen Baram

UKAS  > Edisi-Utara >  PRU15: GPS Adalah Parti Terbaik Buat Rakyat Di Parlimen Baram
0 Comments

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

TINJAR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai pemimpin dan parti tempatan adalah pilihan terbaik bagi rakyat Sarawak. 

Menurut Timbalan Menteri, Perumahan, Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil, rekod dan pencapaian GPS dalam mentadbir Sarawak harus dijadikan asas terhadap sokongan daripada rakyat Sarawak. 

“GPS wajar diberikan kemenangan dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini berdasarkan rekod dan prestasi semasa selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) Sarawak lepas. 

“Ini sekaligus membawa suara besar rakyat Sarawak di Parlimen dalam memperjuangkan hak Sarawak,” katanya. 

Beliau berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Petipun Lapok, Rumah Wen Magelit, Bukit Baled, Lapok, di sini pada Sabtu. 

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menyeru penduduk beramai turun mengundi pada 19 November ini dengan memberikan sokonngan padu kepada Dato Anyi Ngau. 

Terdahulu, Datuk Dr Penguang dan rombongan turut menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Long Jegan dan Kampung Long Teran, Tinjar. 

Hadir sama calon GPS Parlimen Baram Dato Anyi Ngau, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, Pemanca Kaum Iban Daerah Beluru Pemanca Enggah Muga dan Pengerusi Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) DUN Marudi Kaunselor Theresa Gelang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *