77 KIR Terjejas Akibat Banjir Di Daerah Marudi Terima Bantuan Makanan

UKAS  > Edisi-Utara >  77 KIR Terjejas Akibat Banjir Di Daerah Marudi Terima Bantuan Makanan
0 Comments

ISNIN, 28 NOVEMBER 2022

MARUDI: Seramai 77 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah Marudi yang terjejas banjir menerima bantuan makanan. 

Ketua Kaum Kampung Dagang Marudi Abdullah berkata, beliau menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi telah menghantar bakul makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana mengambil berat akan kebajikan penduduk yang terjejas banjir,” katanya semasa ditemui dalam pengagihan Bakul Makanan Kepada Penduduk Terjejas Banjir di sini pada Ahad. 

Pengagihan bantuan mula dilakukan pada Jumaat dan berakhir pada Ahad di Kampung Dato’ Zain Galau Marudi, Kampung Narum dan mereka yang tinggal di sepanjang Jalan Tuanki Abdul Rahman Marudi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *