Festival Makanan Majma’ Mall Buka Peluang Peniaga Promosi Produk

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Festival Makanan Majma’ Mall Buka Peluang Peniaga Promosi Produk
0 Comments

SABTU, 3 DISEMBER 2022

KUCHING: Penganjuran Festival Makanan Majma’ Mall memberi peluang kepada peniaga mempromosikan produk dihasilkan kepada masyarakat umum.

Festival makanan bermula dari 1 hingga 11 Disember itu dirasmikan oleh Pengerusi Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) yang juga isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di sini pada Sabtu.

Beliau juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Majlis Islam Sarawak (MIS) melibatkan bidang kerjasama seperti perkongsian data dan maklumat latihan pensijilan halal, Transfer of Knowledge mengenai hal ehwal halal, perkongsian ilmu dan kepakaran dan kerjasama lain yang dipersetujui bersama.

Turut hadir isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datin Amar Baduyah Bujang dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha.

Selepas menyempurnakan simbolik perasmian, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan oleh Chef Eksekutif Maggi Abdul Muluk Rambli atau lebih dikenali sebagai Chef Muluk.

Beliau juga meluangkan masa melawat ke 40 tapak jualan para peniaga festival berkenaan.

Terdahulu semasa berucap, Datu Misnu memberitahu, Festival Makanan Majma’ Mall itu akan menjadi acara tahunan MIS akan memberi peluang yang lebih besar kepada usahawan di Sarawak mengembangkan perniagaan mereka.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *