51 Peserta Sertai Ekspedisi Mendaki Bung Podad Sempena Hari OKU 2022

UKAS  > Edisi-Selatan >  51 Peserta Sertai Ekspedisi Mendaki Bung Podad Sempena Hari OKU 2022
0 Comments

AHAD, 4 DISEMBER 2022

BAU: Seramai 30 orang ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak dan 21 orang sukarelawan menyertai Ekspedisi Mendaki Bukit Bung Podad, Kampung Peros, Krokong pada Sabtu.

Ekspidisi itu diadakan bersempena dengan Hari OKU 2022 dan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh.

Dalam program itu, Miro memaklumkan beliau akan memberikan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak.

Untuk rekod, pertubuhan berkenaan mempunyai keahlian tidak kurang daripada 350 orang kurang upaya penglihatan seluruh Sarawak. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *