Liga Tenpin Boling: PSKPP masih ungguli Liga Penjawat Awam

UKAS  > Edisi-Selatan >  Liga Tenpin Boling: PSKPP masih ungguli Liga Penjawat Awam
0 Comments

AHAD, 4 DISEMBER 2022

KUCHING: Pasukan PSKPP masih kekal mengungguli Liga Penjawat Awam yang berlangsung sengit di Megalanes Sarawak Emart Batu Kawa meskipun mencatat kekalahan di tangan Bravo Bowlers pada minggu lepas.

PSKPP kini mengumpul 241.13 mata Peterson untuk mendahului sembilan pencabar lain.

Manakala Bravo Bowlers yang mengatasi PSKPP dengan 10.5-9.5 berjaya meraih 32.95 mata Peterson.

Thunderbowl pula naik ke tangga kedua selepas menang dengan 11-9 mengatasi Rindok Team dengan kutipan 239.56 mata Peterson.

Di kedudukan ketiga Puma yang berjaya menundukkan Medix 13-7 untuk meraih 35.73 mata Peterson.

Thumbprint, Eagles, Medix, KSRLAK, Bravo Bowlers, Medixx dan Rindok Team masing-masing menduduki tempat keempat hingga ke-10. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *