AHAD, 4 DISEMBER 2022

KUCHING: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Kuching pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari. 

Keberangkatan tiba Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 1:26 tengah hari disambut oleh Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Raja Permaisuri Agong memulakan lawatan dengan mencemar duli ke Kompleks Penjara Puncak Borneo serta disambut oleh isteri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datin Saadiah Buji.

Pada sebelah malam pula, Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat tiba ke Ford Magherita bagi menghadiri Food Over Fire Festival & Theatre.-EDISI UKAS

add comment