PAWE Tatau Komited Terus Aktif Laksana Aktiviti

UKAS  > Edisi-Utara >  PAWE Tatau Komited Terus Aktif Laksana Aktiviti
0 Comments

AHAD, 5 FEBRUARI 2023

TATAU: Pertubuhan Kebajikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tatau komited untuk terus melaksanakan pelbagai aktiviti untuk golongan warga emas.

Pegawai Kebajikan Bahagian Bintulu Sharifah Mordiah Syed Ali juga turut memuji usaha mereka yang dilihat aktif melakukan aktiviti untuk golongan berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut menzahirkan penghargaan kepada tenaga pengajar di pusat berkenaan kerana bersama menjayakan pelbagai aktiviti.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penghargaan Jasamu DiKenang di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Pengerusi PAWE Tatau Ahmad Mohammad Mokthar yang turut berucap memberitahu, PAWE Tatau mengadakan pelbagai aktiviti dan  program sampingan sepanjang tahun seperti sukan, kongsi raya dan sebagainya.

Tambah beliau, program berkaitan pertanian akan diadakan kelak untuk seramai 272 Ahli PAWE di kawasan sekitar Pekan Tatau.

Semasa program turut disampaikan sijil penghargaan Jasamu Dikenang kepada tenaga pengajar di PAWE Tatau. Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Daerah Tatau Raden Azamry Raden Perhan dan Penghulu Lim Tcia Hong.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *