Lima Projek RTP Untuk Spaoh, Tiga Di Layar

UKAS  > Edisi-Tengah >  Lima Projek RTP Untuk Spaoh, Tiga Di Layar
0 Comments

JUMAAT, 10 FEBRUARI 2023

BETONG: Sebanyak RM750,00 diperuntukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk melaksanakan lima Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Spaoh.

Projek tersebut merangkumi Naiktaraf padang futsal di Serudit, Spaoh bernilai RM100,000, Naiktaraf prasarana rumah panjang Samu, Paku, Spaoh juga bernilai RM100,000, Membina tanju konkrit di rumah panjang Samu, Paku, Spaoh dengan kos RM200,000, Naiktaraf prasarana rumah panjang di Lempaong, Anyut, Paku juga dengan kos RM100,000 dan Bina baru jambatan i-Beam di rumah panjang Spuna, Paku dengan kos RM250,000.

Sehubungan itu, satu lawatan telah diadakan oleh Penolong Jurutera Awam dari JKR Bahagian Betong Abang Rafiezul Abang Noria pada Khamis bagi memperhalusi dan memuktamadkan spesifikasi beberapa projek yang telah disenaraikan di bawah peruntukan RTP tahun 2023 dengan JKR Bahagian Betong selaku agensi pelaksana.

Selain itu, lawatan itu juga digunakan untuk bersemuka dan berbincang dengan penerima berkaitan dengan projek yang bakal dilaksanakan di komuniti masing-masing.

Pada sebelah petang, Abang Rafiezul meninjau tiga lagi tapak projek RTP ADUN Bukit Saban di sekitar kawasan Ulu Layar, Betong.

Projek-projek tersebut adalah Baikpulih jambatan i-Beam di Sungai Kepayang, Layar dengan kos RM100,000, Membina baru jalan perkuburan di Pelikoi, Layar, Betong dengan kos RM100,000 dan Menembok kawasan rumah panjang di Kusing Baru, Layar, Betong juga dengan kos RM100,000. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *