Kecemerlangan Akademik Lahir Pemimpin Berkualiti

UKAS  > Edisi-Utara >  Kecemerlangan Akademik Lahir Pemimpin Berkualiti
0 Comments

SABTU, 11 FEBRUARI 2023

MIRI: Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen penting bagi melahirkan pemimpin negara yang berkualiti demi menjamin masa hadapan negara yang cerah terutamanya dalam aspek pembangunan negara.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, peranan tersebut harus dimainkan oleh generasi muda di mana mereka perlu menguasai ilmu pengetahuan untuk menyumbang kepada pembangunan diri dan negara. 

“Pendidikan merupakan kunci kejayaan terhadap sesuatu perkara. 

“Pemerkasaan pembelajaran bagi generasi muda kini wajar dimaksimakan sebaik mungkin supaya mereka didedahkan dengan pelbagai kemungkinan yang mampu menjadi pemangkin kejayaan diri atau negara pada masa akan datang,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina serta Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Persatuan Klan Lee Miri di Miri pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Dato Sri Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin turut mendedahkan kerajaan Sarawak kini dalam proses membina loji perintis hidrogren. 

Katanya, ia menjadi bukti jelas negeri ini serius melangkah ke arah ekonomi berasaskan sektor tenaga hijau yang boleh diperbaharui. 

Selain itu jelasnya, ini sekaligus memberi peluang kepada generasi muda untuk menceburi bakat serta peluang pekerjaan yang baik l.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 69 pelajar dalam kalangan Persatuan Klan Lee telah menerima insentif pelajar cemerlang tahun 2022 yang merangkumi kategori pelajar Universiti, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malysia (SPM) dan sekolah rendah.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Klan Lee Miri Lee Yun Chin, Pengerusi Pengelola Majlis Lee Tian Song. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *