Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Eratkan Silaturrahim Cawangan SABERKAS

UKAS  > Edisi-Tengah >  Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Eratkan Silaturrahim Cawangan SABERKAS
0 Comments

SABTU, 11 FEBRUARI 2023

BETONG: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Saribas dan Cawangan Kalaka telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Bola Sepak Riveria Sport Centre Debak pada Jumaat.

Ia dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam, Ketua Kampung Melayu Dit Harun Rosli dan Ketua Cawangan SABERKAS Kalaka Abadi Hussen.

Antara lain, perlawanan persehabatan itu bertujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli dua cawangan SABERKAS tersebut. 

Pada masa sama, ia mengajak ahli-ahli SABERKAS untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *