Gereja Anglican St.Barnabas’ Siap Sepenuhnya

UKAS  > Edisi-Utara >  Gereja Anglican St.Barnabas’ Siap Sepenuhnya
0 Comments

AHAD, 12 FEBRUARI 2023

MIRI: Gereja Aglican St. Barnabas’ di Taman Tunku, Miri dengan kos berjumlah RM2.9 juta kini siap sepenuhnya. 

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pembinaan gereja baharu itu telah dilaksanakan menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). 

Beliau dalam pada itu berharap agar bangunan baharu ini akan menjadi tempat yang indah untuk beribadat bagi semua jemaah.  

“Penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada jawatankuasa pembinaan dan juga bagi semua jemaah Gereja St. Barnabas’ atas kerja keras dan perjuangan untuk menyelesaikan pembinaannya,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil dalam Majlis Perasmian Bangunan Baharu Gereja St Barnabas’ Parish Taman Tunku, Miri pada Sabtu. 

Sementara itu, Datuk Dr Penguang pula memberitahu, Sarawak adalah antara tempat yang sangat unik kerana mempunyai masyarakat yang hidup bersama secara aman dalam suasana kepelbagaian kaum. 

“UNIFOR pula merupakan pertubuhan yang istimewa di Malaysia kerana mampu membantu penganut-penganut agama lain termasuk penganut Kristian dari segi bantuan kewangan dalam pembinaan Gereja baharu,” ujarnya. 

Dalam pada itu, pihak Gereja Aglican St. Barnabas’ berkesempatan merakamkan setinggi penghargaan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas komitnen dan usaha berterusan terhadap pembinaan gereja ini. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Uskup Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei The Right Reverend Datuk Danald Jute, pemimpin-pemimpin Gereja, pemimpin-pemimpin masyarakat dan Ketua Kaum serta wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO). -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *