Pertandingan Futsal Platform Lahirkan Pemain Tempatan Berwibawa

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pertandingan Futsal Platform Lahirkan Pemain Tempatan Berwibawa
0 Comments

ISNIN, 13 FEBRUARI 2023

MERADONG: Pertandingan futsal tempatan merupakan platform terbaik untuk melahirkan pemain futsal berwibawa khasnya bagi daerah Meradong pada masa depan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, ia merupakan peluang terbaik untuk para belia menceburi bidang kesukanan. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Pertandingan Futsal Daerah Meradong Tahun 2023 di Padang Futsal Skim B Meradong pada Sabtu.

Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan baik dengan penyertaan sebanyak 11 pasukan yang terdiri daripada golongan belia dari kawasan sekitar.

Dalam program tersebut, Datuk Diing turut menyumbang cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM 5,000 kepada KRT Skim B Meradong untuk kerja-kerja menaik taraf gelanggang futsal dan Balai Raya Skim B Meradong. 

Hadir sama Pegawai Perpaduan Bahagian Sarikei Erma Farida Yusuf dan Pengerusi Pengelola Bersama Program Futsal Tertutup KRT Daerah Meradong  Ravica Francis.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *