ADUN Repok Serah Sumbangan Tambahan Kepada Mangsa Kebakaran Rumah Dangat

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Repok Serah Sumbangan Tambahan Kepada Mangsa Kebakaran Rumah Dangat
0 Comments

AHAD, 19 FEBRUARI 2023

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turun padang untuk menyumbang bantuan tambahan sebanyak RM500 setiap pintu membabitkan 18 pintu, Rumah Panjang Dangat yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada 14 Februari lalu bagi membeli keperluan dapur.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim turut menyumbang lampu bersolar LED kepada mangsa kebakaran.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh beliau di Rumah Dangat, Sungai Kawi, Sarikei di sini pada Sabtu. 

Beliau dalam pada itu amat berterima kasih di atas kerjasama Pejabat Daerah Meradong dan bantuan yang diberikan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei.

Bersimpati terhadap nasib mangsa, beliau bagaimanapun berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang terlibat.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, Penyelaras Section Bencana Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei Siti Rohainah serta tetamu lain.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *