Jelajah Sihat Sarawakku Promosi Kepentingan Kesihatan

UKAS  > Edisi-Utara >  Jelajah Sihat Sarawakku Promosi Kepentingan Kesihatan
0 Comments

AHAD, 26 FEBRUARI 2023

BINTULU: Dalam usaha meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu akan menganjurkan Program Jelajah Sihat Sarawakku.

Program tersebut bakal diadakan bermula 27 Februari hingga 4 Mac depan dari jam 9 pagi hingga 3 petang di beberapa lokasi di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, program saringan kesihatan ini merupakan inisiatif kerajaan melalui KKM dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu.

“Program ini adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang awam terutamanya golongan B40 terhadap kepentingan kesihatan diri.

“Pelbagai saringan kesihatan percuma akan disediakan seperti ujian-ujian darah, kencing, komposisi badan dan indeks jisim tubuh (BMI) serta pemeriksaan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Antara lokasi program jelajah tersebut adalah di Dewan Muktamar Kampung Jabai (27 Februari), Dewan Serbaguna Kampung Assyakirin Fasa 1 (28 Februari), Dewan Serbaguna Persatuan Hokkien Bintulu (1 Mac), Dewan Serbaguna Kampung Assyakirin Fasa 3 (2 Mac), Pusat Beli-belah The Spring (3 Mac) dan Dewan Serbaguna Kampung Assyakirin Fasa 2 (4 Mac).

Orang awam yang berminat untuk menjalani saringan kesihatan ini hanya perlu mengemukakan kad pengenalan diri.

Dalam pada itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Julianne di 019-8183680 atau Daniella di 013-8018632. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *