Geran MRP Kepada 19 JKKK Di Selangau

UKAS  > Edisi-Utara >  Geran MRP Kepada 19 JKKK Di Selangau
0 Comments

ISNIN, 27 FEBRUARI 2023

MUKAH: Pengagihan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Parlimen Selangau diteruskan kepada 19 lagi penerima dengan jumlah keseluruhan geran sebanyak RM120,000.

Ahli Dewan Negara Senator Dato Dr Nuing Jeluing hadir bagi menyerahkan geran tersebut kepada para penerima dalam majlis ringkas di Rumah Petrous Ambun, Lubok Bukut, Balingian pada Ahad.

Beliau ketika berucap ringkas menyeru agar geran tersebut dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkasakan kawasan masing-masing.

“Peruntukan ini adalah daripada Kerajaan Sarawak dengan tujuan membantu JKKK dalam melaksanakan projek di rumah panjang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk setempat atas sokongan padu yang diberikan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lepas.

Difahamkan, para penerima geran MRP tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang dari sekitar kawasan Lubok Bukut, Sungai Duan, Bukit Dinding, Bawan, Mukah dan juga Sungai Anus Selangau.

Hadir sama Penghulu Jeffery Irut dan Penghulu Lasit Bajieng. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *