ADUN Meradong Hadir Sesi Perjumpaan, Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Dan NGO

UKAS  > Edisi-Tengah >  ADUN Meradong Hadir Sesi Perjumpaan, Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Dan NGO
0 Comments

RABU, 1 MARCH 2023

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menghadiri sesi perjumpaan dengan beberapa ahli lembaga pengurusan sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) Daerah Meradong, di Pusat Khidmat DUN Meradong pada Isnin.

Antara perbincangan dalam perjumpaan tersebut adalah menaiktaraf prasarana keadaan sekolah pada tahun yang akan datang dan ia merupakan pembangunan infrastruktur untuk semua warga pendidik dan murid-murid. 

Dalam sesi perjumpaan itu, beliau berkata selepas menerima surat permohonan daripada Ahli Lembaga Pengarah Sekolah, beliau akan cuba turun padang untuk melihat sendiri keadaan atau tempat yang dicadangkan pihak sekolah sama ada sesuai untuk permohonan itu.

Sehubungan itu jelasnya, setiap pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) juga harus sesuai dengan berpandukan kebesaran tapak tanah sekolah dan paling penting ia merupakan keutamaan untuk pihak sekolah menjalankan aktiviti tahunan. 

Di samping itu, beliau turut berpeluang bertemu Ahli Bintangor Arm Wrestling Club yang mana tiga ahlinya akan mewakili Kejohanan Kebangsaan pada Mac ini yang memerlukan sumbangan dana untuk menyertai kejohanan itu.

“Dengan ini saya akan membantu menyalurkan sumbangan kepada Ahli Bintangor Arm Wrestling Club untuk meringankan tanggungan beban tiga orang Wakil yang bakal mewakili kejohanan kebangsaan nanti,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Sekolah SMK Tong Hua Tiong Siong Ting, Pengerusi Lembaga Sekolah SK Bukit Nibong Ahmad Zahawi, Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Ming Chiang Chiang Yong Bang dan Pengerusi Bintangor Arm wresting Club Mohamad Shafiq.

Dalam perkembangan lain, Datuk Ding turut berksempatan menghadiri upacara ringkas penyerahan kutipan derma JKKK Daerah Meradong kepada mangsa kebakaran bertempat di Rumah Dangat, Sungai Kawi Bintangor.

Penyerahan yang telah diserahkan kepada Tuai Rumah Dangat melalui Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang bernilai RM16,673 bagi meringankan beban ahli keluarga mangsa.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Kerana telah menyalurkan bantuan bencana kepada mangsa dengan kadar segera dan berharap mereka akan menggunakan dana sumbangan daripada agensi lain secara berjimat cermat buat sementara waktu ini.

“Saya berasa amat terima kasih kepada Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum Daerah Meradong kerana masing-masing mempunyai niat yang baik untuk meringankan tanggungan beban mangsa kebakaran. 

“Sikap perpaduan seperti ini haruslah dijadikan teladan kepada generasi muda yang akan datang tanpa mengira bangsa, agama dan umur. Bantuan tersebut adalah ikhlas dari setiap penderma melalui Ketua Kaum masing-masing,” ucapnya.

Hadir sama Pegawai Kebajikan Daerah Meradong Sawan Madil, Pengerusi Persatuan Tuai-tuai Rumah Daerah Meradong Tr. Ngipa Andieng, Pemanca Agan Luat, Penghulu Abas Banyi, Kapitan Wong Leh Hee, Cr Lau Sie Hing dan Cr Lee Ngin Soon.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *