Tanah Runtuh Bimbangkan Penduduk Rumah Empeni Ebit

UKAS  > Edisi-Tengah >  Tanah Runtuh Bimbangkan Penduduk Rumah Empeni Ebit
0 Comments

RABU, 1 MAC 2023

SARIKEI: Penduduk Rumah Empeni Ebit di Sungai Kesa di sini dilanda kebimbangan susulan kejadian tanah runtuh lereng bukit yang berlaku di hadapan rumah panjang itu pada awal pagi Rabu.

Tinjauan mendapati runtuhan tersebut telah menutup jalan ke Rumah Chuat selain memutuskan bekalan elektrik di Rumah Chuat dan Rumah Empeni.

Runtuhan ini pernah dilaporkan satu ketika dahulu dan telah diambil tindakan oleh Jabatan Keria Raya (JKR) melalui kontraktor.

Namun tanah yang ditembok dan besi penghalang telah kembali runtuh tengah malam tadi akibat hujan lebat.

Menurut laporan daripada Bomba Bahagian Sarikei, terdapat gelongsoran semula yang berlaku di bahagian lereng bukit di hadapan ruman panjang yang terjadi sebelum ini.

Sehubungan itu, pihak Bomba menasihatkan supaya penduduk sentiasa berhati-hati dan memberi cadangan supaya Tuai Rumah membuat laporan semula kepada pihak berwajib. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *