Premier Sarawak Hadir Perkahwinan Anak Speaker DUN Sarawak

UKAS  > Edisi-Utama, Edisi-Utara >  Premier Sarawak Hadir Perkahwinan Anak Speaker DUN Sarawak

AHAD, 5 MAC 2023

BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di sini pada malam Sabtu. 

Resepsi yang meraikan Mohammad Ali Asfia, 31 tahun serta Adriana Azmanni, 25 tahun itu telah berlangsung meriah dengan kehadiran dif-dif kehormat yang lain. 

Mohammad Ali ialah anak sulung kepada Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia dan Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar manakala Adriana turut merupakan anak sulung kepada empat adik beradik. 

Hadir sama ialah ibu bapa kepada pengantin perempuan, Azmanni Mohammad dan Sariah Matussin. 

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri masing-masing, isteri Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Datin Sri Enn Ong Siok Ean dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom serta isteri. -EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *