Datuk Amar Awang Tengah Lawat Loji Rawatan Air Trusan Dan Tapak Projek SPK Trusan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Datuk Amar Awang Tengah Lawat Loji Rawatan Air Trusan Dan Tapak Projek SPK Trusan
0 Comments

AHAD, 12 MAC 2023

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama rombongan membuat lawatan projek ke Loji Rawatan Air Trusan, Lawas pada Jumaat.

Dalam lawatan itu, kontraktor telah memberi taklimat kepada Datuk Amar Awang Tengah berkenaan dengan Construction of New 20MLD Water Treatment Plant, Chemical House & other associated work.

Projek tersebut meliputi New 20 MLD Treatment Module Plant, Replace 2 units Submersible Pumps, New Chemical House for 3 month storage, New Clear Water Tank, New Treated Water Pump House to House the new pumps, New 500MM Diameter pipeline from raw water intake to the new treatment module, 8 NOS New Barracks and New Desilting System (PTIVO).

Selain itu, projek tersebut merangkumi design construction, completion, testing and commissioning of proposed package NR4 (Nothern Region) for Sarawak Water Supply Grid Programme.

Kos projek adalah sebanyak RM29,224,595 dan dijangka siap pada 5 Januari 2024.

Untuk rekod, setakat ini kemajuan semasa projek tersebut mencapai 89.9 peratus.

Datuk Amar Awang Tengah menyatakan memang terdapat isu-isu seperti isu tanah yang menyebabkan projek terganggu dan menyebabkan kelewatan hingga terpaksa mencari tapak baru untuk proses bekalan air ini.

Justeru beliau berharap, agar penduduk dapat bekerjasama kerana ini adalah demi kepentingan semua pihak terutamanya air adalah keperluan penting kepada penduduk.

“Jangan ada individu yang mementingkan diri sendiri sehingga mengganggu projek seperti ini terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan dan kemudahan penduduk yang memerlukan bekalan air bersih,” katanya,

Setelah lawatan ke Loji Rawatan Air Trusan, Datuk Amar meneruskan perjalanan untuk melawat tapak projek Skim Pembesaran Kampung bagi kawasan Trusan.

Kos kontrak projek itu berjumlah RM4,768,750 untuk disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

Skop projek pembangunan fasa 1 ialah Earthworks for the platform with an area of approximately 12 acres for 38 units if residental lot, Construction of tar sealed roads with a total length of 9.5 km and Construction of concrete drains and culverts.

Dalam ucapannya, Datuk Amar Awang Tengah menyatakan tempat itu agak sesuai dan akan memulakan proses pengambilan tanah dan memulakan fasa pertama.

“Kita akan rancang pembangunan Trusan ini dan Anjung Usahawan juga akan dibina. Blok-blok kedai akan dibina dan satu landmark juga akan dibina di Pekan Trusan ini.

“Kemudahan-kemudahan juga akan dibina dan kita rancang semua ini untuk pembangunan kawasan Trusan.

“Di sempadan sebelah Brunei sana akan dibina sebuah Universiti Antarabangsa dan sangat dekat dengan Trusan ini oleh sebab itu Trusan ini akan dibina semula untuk lebih maju lagi,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar dan fasa pertama dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Setiausaha Politik Premier Sarawak Kr Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa, Pengarah NRDA Dato Ubaidillah Abdul Latip, Pengurus Wilayah Utara Northern Regional Manager Tie Tun Ing, Jurutera Bahagian Limbang Mahathir Jokeni, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Limbang Awang Nazri Awang Saperi serta tetamu lain.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *